Bismillahirrahmanir rahim..
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu..
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada..
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini..
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu..
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini..
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri..
Ya Rabbi, sudilah pandang aku..
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku..
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri..
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah..
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita..
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu..
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu..
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya.
Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu..
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya..
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu..
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan..
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu..
Pandanglah aku dengan keampunanMu..
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu..
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu..
Tapi, layakkah aku Ya Allah?
Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu..
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini..
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan..
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu..
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja..
Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu..
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa..
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu..
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu..
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu..
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku..
Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu..
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda..
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu..
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu..
Allah, terimalah taubatku..
Agar bercahaya wajahku dengan nurMu bertemu denganMu..
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu..
Agar mudah jalanku ke JannahMu..
Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu..
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak..
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini..
Hadiahkanlah cahayaMu kepadaku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu..
Amiin Ya Rabb..
Aku mohon dengan sangat..Perkenankan lah.
0 comments:
Catat Ulasan