Jumaat, 9 Januari 2009

something to share..

got this from my email.. untuk manfaat bersama..
(drx copy paste tanpa pengeditan)

Surah Al-Kautsar
Bismillah... .......

"Innaa'kthoina' (panjang sikit bunyi) kalkautsar,
fashallilirabbikawa nhar, innashania'ka huwal abtar".

RAHSIA SURAL-KAUTSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat &
diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan
indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu,
warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi
Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda
bersedih atas
kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya
Ibrahim dan
bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan
boleh
kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,
mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini
dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,
bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah
ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini
10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita
dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi
lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya
sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan
kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada
kekawan,terima kasih.

Wasallam

0 comments: